<< February 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Feb 2, 2011
dwimus-prolog

"Hai!"

Senyuman dihadiahkan sebagai membalas sapaan dari orang yang duduk selang dua buah kerusi dengannya.

"Siapa nama?"

Peramah pula orang di sebelahnya ini. kekhusyukan mendengar taklimat terganggu sekejap.

"Muslimah."

"Oh.... nama saya Mustafa." Tak tanya pun. Ayat itu hanya dibalas dalam hati.

"First posting?" soalan dari orang tersebut masih lagi ada.

"Ya."

"Saya pun sama. Tapi saya datang pagi tadi."

Ya Allah, peramahnya dia ni. Rasa nak ketuk saja kepala orang ni. Pengacau betul. Hilang fokusnya nak dengar sedikit taklimat.

"Ok semua. Saya harap anda gembira berkhidmat di sini." penutup bicara dari penolong kanan membuat senyuman manusia yang ada di situ sedikit kaku.

Di sinilah bermula kerjaya mereka. Terasa sedikit gementar dengan keadaan yang bakal mereka hadapi.

Puan Saidah sudah menutup bukunya. Buku setebal dua inci itu dijinjing di tangan kanan sebelum dia melangkah keluar dari bilik taklimat tersebut. Parasnya yang cantik menutup sedikit sifatnya yang tegas. Hampir dua jam mereka duduk di dalam yang berhawa dingin itu untuk mendengar taklimat daripada Penolong Kanan 1 sekolah ini. sejak tadi juga mereka terpaksa serius ekoran ketua mereka juga nampaknya seorang yang serius.

"Tak pandai senyum pun," Wafa dah mula mengadu.

"Ish, kau ni. Tak baik tahu!" cepat Ghina memukul lengan Wafa. Nanti tak pasal-pasal Puan Saidah tu undur balik sebab dengar apa yang Wafa cakap.

"Mus, lepas ni kita pergi kantin." Asha bersuara perlahan.

Dua-dua manusia yang bernama Mus menoleh serentak.

"Oh my god! I forgot that there two Mus here." Tan dah ketuk dahi.

Muslimah senyum.

Mustafa ketawa.

"Mus! No, I mean Muslimah," cepat Tan perbetulkan katanya bila melihat kedua-dua Mus menoleh ke arahnya.

"How about we call you Limah?"

"Wei, tolonglah. Ko ingat aku ni Mak Limahkah? Tak nak... tak nak. Bagilah nama yang standard sikit." Muslimah dah potong bicara Tan. ingat dia ni peminat ada talian saudara pula dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Wafa dah gelak.

Asha dan Ghina dah tutup mulut tahan gelak.

"Apa ni Tan. Dia tu gadis moden, yang kau bagi nama kampung apa class."

"Tak ada class ya?" Tan dah bertanya dengan muka blur.

Sekali lagi pecah ketawa di situ. Gelagat Tan yang baru dikenal kemarin sudah mencuit hati mereka yang ada di situ. Tak sangka jodoh dan pertemuan mereka dimaktubkan di sini.

"Tan, you should give a nice name. Lets thinking."

Muslimah senyum lagi. Aduhai, tak pasal-pasal nak kena cari nama yang sesuai pula untuk dia. tapi dia memang dah biasa dengan gelaran Mus. Sejak sekolah lagi orang yang memanggilnya sebagai Mus. Walaupun dulu ada juga rakan sekelasnya yang dipanggil Mus, namun dia tak berniat pun nak tukar nama. Memang kelirulah. Kalau orang panggil Mus, memang dua-dua akan menoleh.

"Kita panggil dia Us." Mustafa dah kemuka cadangan.

"Kau awas ya. Jangan nak mengada bagi nama kat aku yang teruk-teruk. Nanti aku suruh kau pula yang cari nama lain. Biar aku seorang saja yang guna nama Mus tu." muslimah dah tunjuk penumbuknya.

"Opss. Sorry!" Mustafa cepat-cepat menutup mulutnya.

"Ha... I know. Call her Lim."

"Tannnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!" panjang teriakan Muslimah dalam bilik rehat itu.

Tan yang melemparkan cadangan juga tersenyum. Dia saja bagi cadangan. Tak nak ikut, sudah. Tak marah pun.

"Even my eye sepet, I bukan anak cina ya. I Melayu tulen tahu."

"Ok, apa?"

"Tak oklah Tan." Ghina back-up Muslimah. Memang tak logik sungguhlah manusia yang bernama Tan ni. Muslimah ni perempuan, nak bagi nama Lim pula. Nanti orang ingat, celaru identiti pula.

"Panggil Imah sajalah. Abah aku panggil Imah."

"Ok juga tu. tapi kena biasakan dirilah sebab kita dah biasa panggil dia Mus."


  • Posted at 04:33 am by SUHA
    Make a comment  

    bintang pelangi

    prolog

    "Bintang tu cantikkan?"

    "Pelangi lagi cantik."

    "Tengok bintang tu, macam-macam bentuk yang tercipta. Ada pari, biduk, scorpion. Muka perawan pun ada."

    "Gatal. Pelangi pun cantik bentuknya."

    "Bintang bersinar sentiasa. Very beautiful."

    "Kalau hari nak hujan, bintang tak adalah! Bukannya kita boleh nampak tiap malam."

    "Pelangi lagi teruk. Turun lepas hujan saja. Itupun jarang-jarang ada. kalau bintang, kita tahu akan wujudnya. Tetap bersinar di atas sana walau dilindungi oleh awan."

    "Pelangi lagi bersinar. Seven colour. Warna-warni. Cantiknya."

    "Itu sesuai untuk kanak-kanaklah. Budak tak cukup umur saja yang suka dengan colourful."

    "Kalau orang tak cukup umur, tak adalah kahwin dengan orang tu."

    "Hmm... sebab orang ni saja yang paling sesuai untuk jaga orang yang tak cukup umur ni."

    "Tak kira, pelangi lebih cantik dari bintang."

    "Tak kisah sebab bintang tetap bersinar indah. Kalah pelangi."

    Bintang dan pelangi?


  • Posted at 04:13 am by SUHA
    Make a comment  

    Feb 1, 2011
    sekadar berkongsi rasa

    kenapa muslim pasangannya muslimah?

    kenapa harus soleh dengan soleha?

    habis tu,
    yg tudung singkat, siapa yg nak tolong suppot dia pakai tudung labuh,
    mat rempit, siapa yg nak tolong dia berhenti lumba haram,
    yg minum arak, siapa nak ajar dia minum air zam-zam,
    yg kenal karpet tebal2, siapa nak bagi kenal dia tikar sejadah,
    siapa nak ajak perempuan yg rambut blonde untuk pakai purdah,
    siapa nak betulkan rambut macam naruto supaya dia pakai kopiah.

    andai semua nak yg terbaik, siapa nak bimbing yg kurang baik.

    apa salahnya uztazah kawan dengan si vandalisme,
    tiada silapnya uztaz tunjukkn jalan kepada si pelacur.
    juara imam muda boleh saja jadi pembimbing pada wanita yg tak cukup kain,
    pemenang akademi al-quran pasti boleh bersahabat dgn si penjudi
    (jgn dorang join skali pla)

    kerana muhaimin tidak semestinya berpasangan dengan muhaiminah.

    tulang rusukku siapa tuannya?
    hatimu milik siapa?

    sesungguhnya, tuhan jadikan manusia itu berpasang2an.

    lelaki yg baik hanya untuk wanita yang baik.
    jadilah yang terbaik untuk memiliki yang paling baik.

    ~sesungguhnya aku ni insan yang kurang baik tapi masih mngharap kasih dari mereka dengan sebaiknya....


  • Posted at 07:14 pm by SUHA
    Make a comment  

    sebening kata

    alhamdulillah... tuhan permudahkan aku dan kamu untuk berkongsi rasa....

    Posted at 06:58 pm by SUHA
    Make a comment